10/30/08

Asas menyelesaikan masalah utk muslimin.

Allah S.W.T sudah ajar kita semua pekara dan iktibar utk kita renungkan. islam adalah lengkap, dan Allah swt. maha sempurna. Allah S.W.T tak jadikan sesuatu itu sia2,

perempuan yang baik utk lelaki yang baik dan sebaliknya, itu Allah s.w.t sudah janji.
berbuat baik dibalas syurga, berbuat jahat, neraka tempatnya. Allah S.W.T sudah janji.
semua nya sudah ada jawapan.

kehidupan ini umpama sebuah bahtera yang sedang berlayar. sekarang bahtera itu sedang berhenti di sebuah pulau utk penghuni2 bahtera ini turun kepulau utk mencari bekalan utk meneruskan perjalanan ke destinasinya. jangan kita lalai mencari bekalan sehingga kita lupa bahtera ini akan belepas dari pulau ini. semboyan telahpun berbunya menandakan bahtera ini sudah mahu berlepas.
janggan kita tertinggal. namun ada yang akan tertinggal kerana telalu leka dan lalai dengan kehidupan di pulau ini. mereka akan terlepas dan tersesat selamanya.


setiap pekara yang buruk dan baik ada hikmahnya. Allah S.W.T yang tentukan susun atur setiap inci pergerakan pelenet di galaksi ini. tanpa melakukan kesilapan. siang dan malam, pagi petang, semua sudah di atur. Allah S.W.T pun sudah megatur waktu2 yang kita perlu sujud kepadanya.

pesanan ini untuk diri saya sendiri dan muslimin/muslimat.





10/14/08

Kerdilnya kita sebagai Hamba Allah SWT.

Kita tidak mampupun menentukan jantina kita semasa kita hendak dilahirkan!
Kita tidak mampupun memilih warna kulit kita!
Kita tidak mampupun menentukan siapakah ibu bapa kita!
Kita tidak mampupun menentukan di manakah negara kita akan tinggal!
semuanya kita tidak mampu sejak azali lagi.

kita adalah insan yang serba tidak mampu.
tak mampu menetapkan tarikh akhir kita bejalan di muka bumi yang indah ciptaan Allah swt. Inilah kita yang dinamakan Khalifah ALLAH SWT digelar manusia.

Haruskah kita sombung dengan-NYA?
Haruskah kita lupa ankan pemberiannya? siapa kita sebenarnya?
Malukah kita Hendak sujud kepanya? tak malukah kita bergurau senda dengan kekuasaanya?
berkuasakah kita?

kita tak mampu pun berjalan, melihat, tanpa nikmat ALLAH SWT.
Siapa kita sebenarnya utk berjalan dengan angkuh di atas muka bumi ini.
mugkin kita lupa akan semua persoalan2 ini. tetapi kita tidak terlepas dari fitrah kita utk memikirkan siapakah diri kita sebenarnya.

kita sebagai manusia yang bukanlah maksum, tidak terlepas dari melakukan dosa. besar dan kecil. Allah tidak meminta balasan dari kita, yang ni tuntut hanyalah Amalan kebaikan, bersyukur kepadanya. ingatlah Allah swt semasa kita senang. Allah akan megigati kita semasa kita susah.

Begitulah kerdilnya kita.




10/9/08

Menyelesaikan Masalah Dengan Iman

Jika kita megejar dunia, dunia kan lari, tetapi jika kita megejar akhirat, dunia akan megejar kita. begitukah hakikatnya tanpa kita sedar. Kita semua mempunyai masalah, dalam menyelesaikan masalah-masalah itu, ia meguji tahap keimanan seseorang. Keputusan yang bakal dibuat utk menyelesaikan masalah itu, kita akan dapat lihat ianya dipegaruhi syitan atau melalui keimanan.

Jika dipegaruhi syaitan, keputusan kita akan menjadi negetif dalam semua akspek, satu persatu kelemahan diri kita akan terdedah, keputusan kita akan bercangkah dengan fitrah kita. selalunya keputusan yang negetif akan membawa penyesalan di hari-hari mendatang.

Jika Keputusan kita berlandaskan keimanan , kesabaran, ketakwaan, keiklasan, kewarasan. segala bentuk masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah tanpa kita sedari, redha dengan Ketentuan baik dan buruk dari Allah S,WT. akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan bahagia. Percaya Bahawa ada hikmah disebalik ketentuan Allah S.W.T.

Tuhan beri kita nikmat bukan bermakna dia sayangkan kita tetapi sebagai ujian kepada kita, apa kita akan lakukan dengan nikmat Allah itu, megigati Allah dan bersyukur kepaNYA, atau Tidak,

Tuhan beri kita kesusahan dan kesulitan hidup, Bukan bermakna DIA bencikan kita, tetapi ujian kepada umatnya. adakah kita terus hanyut diarus kesusahan di dunia dan akhirat. Yang penting kita berusaha megubah kesidupan dan mencari rezeki yang diberkati dan berdoa tawakal kepada Allah S.W.T.

Pesanan ini Utk diri saya sendiri dan juga muslim/muslimat yang tak terlepas dari dosa dan kesilapan.